Wednesday 7 January 2015

Saat yang disayangi pergi...

" PERGI "

Assalamualaikum w.b.t. Terlebih dahulu selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat .

 Tidak lupa juga doa saya buat pembaca sekalian agar terus diberikan nikmat iman dan islam dalam diri , semoga iman yang ada makin bertambah , bukan makin berkurang .

Diharapkan juga ibadah yang dibuat dari hari ke hari bertambah kerana apa ? kerana kita tidak tahu sebanyak mana amalan yang kita buat selama ini ,banyak mana yang diterima Allah .

Cukupkah bekalan kita untuk ke sana nanti ? Allahu ..


 Hanya diri kita yang boleh menilai sejauh mana khusyuknya ibadah yang kita buat selama ini , adakah sama khusyuk seperti ibadah Nabi dan sahabat2nya ? Pernah sekali saya baca blog Tarbiah Sentap , cuba baca ayat ini betul2 , ayat ini saya copy dari blog Tarbiah Sentap :

""Apa? Ibadah tu hiburan ke? Pergh. Stress kot buat ibadah. Penat gila bapak! Apahal kau kata ibadah tu hiburan??!”

Ya. Ibadah adalah hiburan untuk orang beriman. Saya ulang, ibadah adalah hiburan untuk orang beriman! Tahu tak kita, solat adalah kerehatan bagi nabi. Sahabat mampu menangis teresak-esak di sebabkan terlalu nikmat ketika bersolat di tengah malam. Ada sahabat yang tersenyum sorang-sorang ketika solat kerana terlalu nikmat membayangkan syurga, ada sahabat yang terus hilang sakit bila solat, dan lain-lain.

Bahkan, ada seorang tabiin, apabila dia tahu bahawa ketika di syurga nanti, tidak perlu untuk solat, dia telah menangis dan berkata:

“Nikmat apakah yang lebih indah dari melakukan solat?Aku amat berharap di syurga nanti aku dapat bersolat dan bersujud padaMu ya Allah!!!”

Kerana itu, apabila nabi meminta agar Allah kurangkan solat dari 50 waktu kepada 5 waktu, ada para sahabat yang berkata:

“Kalau solat itu 50 waktu pun, kami sanggup buat!!!”

Kerana itu, ketika Hasan Albanna baru balik dari berdakwah di puluhan kampung dan Bandar, ketika sahabatnya yang lain mahu merehatkan badan dengan tidur, Hasan Albanna mengambil quran dan membacanya. Dan apabila di Tanya:

“Wahai albanna, kau tak nak rehat ke?”

Hasan Albanna jawab:

“Sesungguhnya, membaca Alquran adalah hiburan dan kerehatan aku…”

Kerana, bagi orang beriman, hiburan mereka adalah ibadah. Hiburan mereka adalah segala perkara yang membuatkan Allah tersenyum kegembiraan. Hiburan mereka adalah segala perkara yang membuatkan cinta mereka pada Allah di balas dengan Allah mencintai mereka. Mereka sanggup bersusah-payah, bermandi pelu dan darah, semata-mata untuk gembirakan Allah."

(Petikan di atas diambil daripada blog Tarbiah Sentap)


Persoalannya sekarang ini , adakah kita benar benar khusyuk melakukan ibadah seperti di atas ? Fikir fikirkan lah .

Kenapa saya menulis entri bertajuk "pergi" hari ini , ? dan pendahuluan tadi pun saya ada menyebut mengenai adakah amalan kita cukup buat bekalan di sana nanti .. Tertanya tanya bukan ?

Ketika menulis entri ini pun , hampir mengalir air mata saya , pagi tadi saya baru dapat tahu yang jiran belakang rumah saya meninggal .. Innalillah ..Dari Dia kita datang , kepada-Nya jua kita kembali .

Sejenak saya berfikir , sorang demi sorang orang yang saya kenali pergi menghadap Illahi , Tahun 2014 , embah belah mak saya pergi menghadap Pencipta pada bulan 2 . Ya sedih . memang sedih .. namun bersyukur , saya sempat menjaga arwah embah ketika di hospital , Kasihan , arwah embah hanya mampu terbaring di atas katil hospital , makan tak boleh , cakap pun hm Allah , minum air masak cuma satu sudu saja mampu , kemudian muntah balik ..

 Saya hanya menjaga arwah embah ketika balik wajib kerana saya duduk asrama ..Yelah kasihan tengok mak kena jaga 24 jam , mak pun perlu rehat jugak , kadang kadang saya nak marah juga kat doktor tu . .macam macam dicucuknya kat arwah embah saya ,,ditebuknya leher sapai berdarah mulut tu ..tapi apakan daya, ..Tugas doktor adalah untuk merawat .. hm 

Pagi Ahad , saya menelefon ayah saya ..suruh ayah menghantar makanan sedikit di asrama..biasalhh ..perempuann..lapar selalu..hehe .. hm 

Tengah syok pakai stokin nak gi dema(dewan makan asrama) utk breakfast , ada org panggil nama saya," ummai ..ayah ko datang " eh ?selalunya abah datang petang petang ..hm saya punya feel gembira tahap klimaks ..abah datang pagi pagi..hm pergilah jumpa kat depan ,,datang datang abah terus peluk .."aik ? abah dah kenape ?" hm abah cakap "embah dah takde" Allahh...tiada kata yang mampu saya ucapkan .... hanya Innalillah... terus saya mengemas barang lalu balik rumah ..

okayy..itu cerita arwah embah .. lepas raya aidilfitri rasanya ini pula yang berlaku ,

Satu malam , saya tengah kemas2 barang kat bilik study , akak MPPA datang ketuk pintu bilik study , cakap warden suruh kemas barang ..
"la ? udah kenape ?" tak tahu ..jawab akk mppa tu ..

Saya dengan tak percaya tambah berani sekuat hati pergi ketuk bilik warden ..ahha nak kepastian lah katakan .. okayy so warden kata betullah .."kenape ye "

Mula tak sedap hati saya ..Ya Allah kenape ? takpelah saya kemas barang je dulu ,tanye warden..cikgu tknk bgtahu kenapa..

So,,tak puas hatiii lagii ni..pergilee kol mak..peghh melanggar rules asrama tu telefon malam2..ehhe okay ..mak pun kata hmm opah meninggal ...

Hah ? Innalillah... lepas embah , opah pulak ..saya peluk kawan saya ..saya takda nenek dah ..dua dua pergi dalam sekelip mata ..Arwah embah pergi ..saya sempat jaga ..Tapi arwah opah ..last melawat pun Time raya first .

Sedih . Ya sangat sedih . dua dua pergi dalam masa setahun .. Tidak mengapalah , Allah lebih sayangkan mereka . Semoga roh arwah embah dan opah dicucuri rahmat ..Aminn

Jadi end of story , lepas maghrib tadi terdetik hati nak buat sajak ..idea tengah datang ni..dicampur dengan feeling tahap klimaks .sudah ..merepekk pulak.



Ya Allah ,
Betapa hati ini pilu ,
Saat menerima ketentuan-Mu
Nyawa yang tersayang diambil pergi
Saat aku leka dengan duniawi,
Tika itu baru aku tersedar
Tiada yang kekal buat selamanya.

Sejenak berfikir seorang diri
Seorang demi seorang dibawa pergi
Bila agaknya hamba-Mu yang kerdil ini
Bakal menjejak langkah mereka yang pergi 

Ya Allah ,
Amalanku belum mencukupi
Buat bekalan di sana nanti
Entah kenapa 
Mungkin
Aku terleka , lalai dengan kemanisan dunia
Semuanya tipu belaka .

Inilah umat akhir zaman
Banyak dugaan 
Belum dicampur dengan fitnah syaitan
Zaman ini 
Tidak sama lagi dengan zaman Para Nabi
Mereka,
Mengganggap ibadah lah hiburan mereka
Tapi kini ,
Apa yang sudah terjadi dengan umat Muhammad ?
Solat entah ke mana
Konsert sini sana
Dedah aurat dengan bangga
Menjalin ikatan haram antara lelaki dengan perempuan tanpa rasa berdosa
Apa semua ini wahai umat Muhammad?


Ya Allah , 
Maafkan kami yang terlampau leka
Mengejar keseronokan dunia,
Sampai lupa bekalan yang perlu dibawa
Untuk kehidupan
Yang abadi
Kekal untuk selama lamanya
Di sana nanti .

-Ummairah Nasir-



Monday 5 January 2015

6 Cara Bagaimana Lidah Yang Kecil Mampu Membawa Kita Ke Neraka

Assalamualaikum w.b.t buat readers sekalian , Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat dan doa saya kepada semua umat islam di dunia agar selalu hidup di dalam hidayah-Nya . Amennn

Jadi, Seperti yang dijanjikan , post kali ini , saya akan bercerita mengenai ? ya mengenai 6 cara bagaimana lidah yang 'kecil' ini mampu menghumban manusia ke dalam neraka !

Topik yang menarik bukan .. Okay , saya malas nak berbasi basa lagi ? maaf kalau salah .. lupa berbasi basa or berbasa basi ? okay lupakan mengenai itu . Terus kepada topik hari ini .

 "Sudah Tahu Cuma Tidak Sedar "
Dengan lidah yang kecil ini juga ramai orang mencemari syurga dunianya sekali gus mengotori ahli syurga dunia yang lain pula .Pada ibubapa dia bercakap kasar , pada anak anak die mengherdik sahaja , pada isteri dia mencemuh , terhadap jiran dia mengumpat , pada orang luar dia senang mengutuk .Dalam tidak sedar kita sendiri mencemari iman dengan pelbagai dosa lidah . Ada buat seperti di atas ?Nauzubillah .

Okay . Ini dia 6 caranya

1.Mengumpat 

Kita tahu Allah benci perbuatan mengumpat ini . "Janganlah ada antara kamu yang mengumpat orang lain.Adakah kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ?" {Al-Hujurat 49 "12 }

          Cuma mungkin tidak sedar kita biasa berkata begini "


 "Aku bukan nak mengumpat , tetapi betul dia banyak menipu dan mengutuk ko kat fb "

itu contah ayat yang pertama , yang kedua pula begini :

"Dah nak seminggu meah(maaf,bukan nama sebenar) tidak sembang dengan kita.Tak nak kawan dengan kita dah ke ? maklumlah dia tu budak sains , kite kite ni budak perdagangan je "

Bercakap dari belakang,meluahkan ketidakpuasan hati terhadap seseorang kepada orang lain , membincangkan kemusykilan dan aneka cakap belakang yang boleh dikira sebagai mengumpat.

Janganlah ketika berhadapan baik baik sahaja ucapan , tetapi di belakang ,ditikam dihunjamkan dengan kritikan . Bukankah Nabi berpesan ucapkan yang baik baik sahaja atau diam .


Okay , cara yang ke-2 melalui :

2.Mengutuk 


Mungkin kalian akan berfikir ..eh ? bukan kah mengumpat dan mengutuk itu sama je ? Okay cuba baca menggunakan mata hati dan mata akal , mata apa lagi ? lupakan .

Kita sudah tahu Nabi pernah bersabda : Mencela Muslim suatu kefasiqan .Membunuhnya suatu kekufuran."(Riwayat al -Bukhari)

Hadis ini boleh kita temui dalam sahih Al-Bukhari di bawah bab "kebimbangan Mukmin drpd perkara yang menggugurkan amalanya tanpa dia sedar "

Cuma mungkin kita tidak sedar mungkin kita biasa berkata sebegini . Perhati perkataan BIASA BERKATA itu..contah :

"Sewellah mamat tu !""Bedebah la kau !" "Gila engkau !" dan seumpama dengannya ..Banyak lagi perkataan perkataan yang memang tidak sedap corong telinga selepas salur telinga mendengar ..

Semua ucapan yang "mendoakan" keburukan orang lain boleh dikira sebagai MENGUTUK ..ingat tuu ..Apa lagi yang dikutuk ialah Muslim. Nabi mengingatkan : "Mengutuk seorang Mukmin adalah sam dengan membunuhnya. "(Riwayat Ahmad) Mohon jangan bunuh sesama islam sendirii ya..apatah lagi kita ini bersaudara ..

Terus kepada point seterusnya iaitu cara yang ke-3

3.Merendah rendah orang.

Kita sudah berkali kali membaca peringatan Allah . "Wahai orang beriman!Janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah rendahkan puak yang lain.Boleh jadi puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka."(Al-Hujurat 49:11)

Cuma.....cuma lagi...haha okay saya teruskan ..cuma mungkin kita tidak sedar kita biasa berkata sebegini..hm tidak sedar lagi ? jadi sedar sedarlah wahai muslimin muslimat sekalian..

contoh ayat :

"Ni je ke ko boleh buat? eleh ..tengok aku ..Aku boleh buat lebih dari ko laa...."

"Oh , dia dah alim ? elehh dia dulu...&%#@!~$%^"

"Orang sekarang rosak dah!"

"Teruklah orang sini! surau besar ..satu saf je ? "

Nabi pernah bersabda :"Apabila seseorang berkata :'Manusia sudah rosak !,maka dialah orang yang paling rosak."(Riwayat Muslim)

Nauzubillah..mudah mudahan kita tidak tergolong dlm golongan seperti ini..

Nak tahu kenapa dia sanggup berkata sebegitu ? Hal ini kerana dia dirosakkan oleh dosa hati yang sangat dahsyat iaitu TAKBUR ! walhal " Tidak masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya sebesar biji sawi pun rasa takabbur !"(Riwayat Muslim)

Terus masuk point yang ke-4 iaitu :

4.Menuduh 

Siapa yang tidak tahu bahawa berdosa menuduh orang sembarangan .Rasulullah pernah menegur , 'sesiapa yang menuduh saudaranya'wahai kafir',maka tuduhan itu akan kembali pada salah seorang.Sama ada betul apa yang dikata,jika tidak akan kembali pada yang menuduh."(Riwayat al-Bukhari)

Cuma mungkin..see ? perkataan cuma dan mungkin lagi...

cuma mungkin sedar tidak sedar kita biasa berkata sebegini.. "


"Aku rasa dia tipu cikgu tu "

"Dia Wahabi,Syafi'i totok,Tabligh,Pengampu Kerajaan.

Melabelkan orang dengan suatu label boleh dikira sebagai menuduh.Boleh jadi label itu biasa sahaja tetapi apabila disebutkan dengan nada dan eksperesi yang cukup negatif, maka cukup menghasilkan sangkaan tidak baik.

Lenguh pula tangan ini menaip..kejap..saya nak berehat sekejapp...huhh...


selepas 2 saat saya berehat , okay kita teruskan yaa..

Point yang ke5:

5-Bercakap kotor dan kasar

Kita sudah pun tahu bahawa Nabi pastinya tidak suka orang yang bermulut kotor ."Bukanlah seorang Mukmin orang yang suka mengutuk,melaknat,bercakap kotr dan dan bercakap kasar."(Riwayat Al-Tirmizi)

Mencarut , Cakap lucah, dan sebagainya boleh dikira sebagai cakap kotor..contoh B*D*H.. dan lain lain..malas nak sebut dah ..hehe

Manakala tergolon dalam cakap kasar ialah perbuatan menyamakan sifat seseorang dengan haiwan seperti : "Dia jalan mengangkang macam beruk!eii buruk! "

Memangil orang dengan gelaran yang tidak disukai..seperti " badut,Hitam(sbb kulit hitam) dll.

Cuma mungkin ...la..cuma lagii....

Cuma mungkin kita tidak sedar kita biasa berkata begini..(mohon jangan biasakan)

"siot le kau! ,"what the fish ? fish itu saya sudah tukar dr perkataan asalnya ..F*ck..

Termasuk dalam kategori cakap kotor ialah ucapan ucapan yang tiada makna yang sebenarnya olahan kata kata asal yang kesat atau lucah,

dan,,,,

Rasulullah bersabda : "Tidak ada amalan yang lebih berat dalam timbangan seseorang Mukmin pada hari Kiamat daripada akhlak yang baik.Dan sesungguhnya Allah amat membenci orang yang bercakap kotor lagi kasar.(Riwayat.Al-Tirmizi)

Okay reader sekalian ..this is the last point .

point yang ke 6 :

6.Membisu .

Jangan salah faham .. bukan untuk orang bisu..maaf saya merepek..Allah...

okay kita teruskann..

secara umumnya kita sudah tahu bahawa berdosa mengumpat , mengutuk , merendah rendahkan orang , menuduh dan bercakap kotor lg kasar . Kita mungkin berusaha gigih melatih diri agar tidak melakukan semua itu.

Cuma mungkin tidak sedar..saya ulangi...

Cuma mungkin tidak sedar bahawa kita biasa membisu sahaja apabila mendengar saudara seislam kita berbuat demikian.Kawan mengutuk kawan dorm sebelah, Jiran mengutuk Jiran atas.Suami merendah rendahkan rakan kerja di pejabat.kawan sendiri bercakap kasar dengan ibu bapa.Anak buah petah mencarut . Apakah ?

Kita tahu bahawa Nabi bersabda :

"Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya,jika tidak mampu ubahlah dengan lidahnya,jika tidak mampu lagi ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah lemah iman."(Riwayat Muslim)

Cuma kita terlepas pandang bahawa yang tersebut ialah kemungkaran.Lalu kemungkaran berlaku tanpa teguran ,Kesalahan berlaku tanpa nasihat,

Ibn Al Qayyim pernah berkata :"Pada lidah ada dua bahana besar ,Andai terlepas salah satunya , belum tentu selamat yang satu lagi ; bahana berkata kata dan bahana diam.

Mana mana boleh jadi lebih besar dosanya mengikut masanya . Orang yang diam daripada mengatakan yang benar ialah syaitan bisu .

Sudah Tahu Tetapi Tidak Mahu

Berapa banyak perkara salah yang kita tahu tetapi tidak sedar berlaku . Tidak mengapa , kerana apabila sedar kita akan berusaha membetulkannya . Asalkan jangan sudah tahu tetapi tidak mahu.

Semoga kita tidak termasuk antara orang yang akan berkata sebegini kelak : "Aduhai celakanya kami ,mengapa kitab ini sebegini rupa , tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar ,melainkan semua dihitungnya ! "(Al kahfi 18:48)

Aminnnn..

Semoga entri yang ditulis harini dapat memberi sedikit sebanyak keinsafan dalam diri kita yang selama ini telah banyak buat dosa .. Ya Allah ..maafkan lah hambamu yang sering leka dan lalai ini..

Sudah 2 jam setengah menaip , jari meminta untuk berehat .. Berjumpa lagi dalam post yang akan datang . Assalamualaikum ...

-Ummairah Nasir-

Saturday 3 January 2015

Padah Lidah

Assalamualaikum , buat pembaca sekalian , Saya masih lagi baru dalam duna penulisan blog ni ..jadi salah silap ketika menulis harap ditegur . mohon tunjuk ajar . Sesama manusia , saling menegur. Itulah gunanya bersaudara dalam Islam.

Sebelum bermula , selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat baginda .

Baiklah.Tajuk yang ingin saya kupas pada kali ini ialah berkenaan "Lidah"


"Boleh jadi seseorang menuturkan satu kata kata yang menurutnya tiada apa apa namun dengan itu dia masuk ke neraka selama 70 tahun ! "
(Riwayat al-Tirmizi)


Ada satu kisah di mana penulis ini pernah baca .Seorang lelaki mendengar keletak kereta sorong di luar rumahnya . Lalu dia meninjau dari tingkap . Didapati seseorang dengan kereta sorong usang di laman rumahnya , 

Kelihatan dalam kereta sorong itu terdapat tin-tin kosong,plastik sampah,kayu dan beraneka bahan buangan lagi .Orang itu sedang mencari cari sesuatu.Rosak keindahan laman rumahnya yang dikenali sebagai yang tercantik dalam kawasan kejiranan itu.

Maka berlaku perbualan antara mereka berdua :

Tetamu : Saya bawakan banyak sampah sarap untuk tuan . Di mana tuan hendak saya letakkannya ?

Tuan rumah : Apa ? Gilakah saya hendakkan sampah sarap itu ?

Tetamu : Di sana mungkin baik juga ya, Dia menunjukkan ke arah ruang ruang kosong antara deretan bunga bunga yang sedang mekar indah .

Tuan rumah : Letaklah kalau hendak tahu apa akan jadi selepas ini !

Tetamu : Atau lebih cantik diselerakkan saja di celah celah pokok .

Tuan rumah : Engkau apa hal ? Lebih baik engkau bawa sampah sarap jauh dari sini !

Tetamu : Oh , Saya pun rasa sampah sarap ini patut dibuang di tempatnya . Cuma memandangkan tuan boleh buang sampah ikut suka mana shaja , Mengapa saya tidak boleh pula ?

Tuan rumah : Apa maksud kau ?

Tetamu : Biar saya ingatkan . Tuan masih ingat beberapa orang remaja yang tuan bercakap dengan mereka semalam ? Bahasa yang tuan gunakan kasar lagi kesat . Remaja remaja itu anak didik saya .Sekian lama saya mendidik mereka berakhlak mulia , bercakap baik baik .Saya   tumpang bahagia dengan akhlak baik mereka sebagaimana tuan rasa bangga dengan laman yang cantik ini. Sedihnya, tuan kotorkan mereka dengan "sampah sarap"tuan.Tambah menyakitkan   mata,tuan boleh gelak gelak sambil berlalu pergi begitu sahaja.Tidak sedarkah yang kata kata kotor tuan akan mencemarkan fikiran sekali gus akan mencemarkan akhlak mereka ? Sebagaimana tuan tidak mahu pokok pokok tuan ini rosak dek sampah sarap , saya juga  tidak mahu melihat anak anak didik saya rosak dek kata kata kotor tuan . Tetapi ,mudah untuk tuan bersihkan sampah sarap ini daripada laman tuan , namun saya yang payah hendak bersihkan kata kata kotor yang sudah masuk ke dalam fikiran mereka .


      
Syurga dunia

Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada kisah di atas . Yang paling menarik ialah kritikan sosila tentang kata kata terhadap sekeliling. Sedar tidak sedar , setiap kata kata kita membentuk syurga dunia yang kita sedang diami sekarang.

"Sesungguhnya di dunia ini ada sebuah syurga , Sesiapa yang gagal memasukinya dia pasti akan gagal memasuki syurga akhirat "

Demikian ucapan sebahagian ulama . Syurga dunia itu ialah IMAN . Nikmat mengenali dna mengakui Allah sebagai Tuhan . Penghuninya pula bergelar orang beriman.

Baiklah . Setakat ini sahaja penulisan saya untuk saat ini . Pada penulisan yang akan datang pula, saya akan kongsi pula mengenai 6 cara bagaimana lidah yang kecil ini mampu menghumban kita ke dalam NERAKA . 

Isu ini dipetik dari Solusi isu ke-75 bertajuk "Padah Lidah "

Sehingga berjumpa lagi .Assalamualaikum .