Monday, 5 January 2015

6 Cara Bagaimana Lidah Yang Kecil Mampu Membawa Kita Ke Neraka

Assalamualaikum w.b.t buat readers sekalian , Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat dan doa saya kepada semua umat islam di dunia agar selalu hidup di dalam hidayah-Nya . Amennn

Jadi, Seperti yang dijanjikan , post kali ini , saya akan bercerita mengenai ? ya mengenai 6 cara bagaimana lidah yang 'kecil' ini mampu menghumban manusia ke dalam neraka !

Topik yang menarik bukan .. Okay , saya malas nak berbasi basa lagi ? maaf kalau salah .. lupa berbasi basa or berbasa basi ? okay lupakan mengenai itu . Terus kepada topik hari ini .

 "Sudah Tahu Cuma Tidak Sedar "
Dengan lidah yang kecil ini juga ramai orang mencemari syurga dunianya sekali gus mengotori ahli syurga dunia yang lain pula .Pada ibubapa dia bercakap kasar , pada anak anak die mengherdik sahaja , pada isteri dia mencemuh , terhadap jiran dia mengumpat , pada orang luar dia senang mengutuk .Dalam tidak sedar kita sendiri mencemari iman dengan pelbagai dosa lidah . Ada buat seperti di atas ?Nauzubillah .

Okay . Ini dia 6 caranya

1.Mengumpat 

Kita tahu Allah benci perbuatan mengumpat ini . "Janganlah ada antara kamu yang mengumpat orang lain.Adakah kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ?" {Al-Hujurat 49 "12 }

          Cuma mungkin tidak sedar kita biasa berkata begini "


 "Aku bukan nak mengumpat , tetapi betul dia banyak menipu dan mengutuk ko kat fb "

itu contah ayat yang pertama , yang kedua pula begini :

"Dah nak seminggu meah(maaf,bukan nama sebenar) tidak sembang dengan kita.Tak nak kawan dengan kita dah ke ? maklumlah dia tu budak sains , kite kite ni budak perdagangan je "

Bercakap dari belakang,meluahkan ketidakpuasan hati terhadap seseorang kepada orang lain , membincangkan kemusykilan dan aneka cakap belakang yang boleh dikira sebagai mengumpat.

Janganlah ketika berhadapan baik baik sahaja ucapan , tetapi di belakang ,ditikam dihunjamkan dengan kritikan . Bukankah Nabi berpesan ucapkan yang baik baik sahaja atau diam .


Okay , cara yang ke-2 melalui :

2.Mengutuk 


Mungkin kalian akan berfikir ..eh ? bukan kah mengumpat dan mengutuk itu sama je ? Okay cuba baca menggunakan mata hati dan mata akal , mata apa lagi ? lupakan .

Kita sudah tahu Nabi pernah bersabda : Mencela Muslim suatu kefasiqan .Membunuhnya suatu kekufuran."(Riwayat al -Bukhari)

Hadis ini boleh kita temui dalam sahih Al-Bukhari di bawah bab "kebimbangan Mukmin drpd perkara yang menggugurkan amalanya tanpa dia sedar "

Cuma mungkin kita tidak sedar mungkin kita biasa berkata sebegini . Perhati perkataan BIASA BERKATA itu..contah :

"Sewellah mamat tu !""Bedebah la kau !" "Gila engkau !" dan seumpama dengannya ..Banyak lagi perkataan perkataan yang memang tidak sedap corong telinga selepas salur telinga mendengar ..

Semua ucapan yang "mendoakan" keburukan orang lain boleh dikira sebagai MENGUTUK ..ingat tuu ..Apa lagi yang dikutuk ialah Muslim. Nabi mengingatkan : "Mengutuk seorang Mukmin adalah sam dengan membunuhnya. "(Riwayat Ahmad) Mohon jangan bunuh sesama islam sendirii ya..apatah lagi kita ini bersaudara ..

Terus kepada point seterusnya iaitu cara yang ke-3

3.Merendah rendah orang.

Kita sudah berkali kali membaca peringatan Allah . "Wahai orang beriman!Janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah rendahkan puak yang lain.Boleh jadi puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka."(Al-Hujurat 49:11)

Cuma.....cuma lagi...haha okay saya teruskan ..cuma mungkin kita tidak sedar kita biasa berkata sebegini..hm tidak sedar lagi ? jadi sedar sedarlah wahai muslimin muslimat sekalian..

contoh ayat :

"Ni je ke ko boleh buat? eleh ..tengok aku ..Aku boleh buat lebih dari ko laa...."

"Oh , dia dah alim ? elehh dia dulu...&%#@!~$%^"

"Orang sekarang rosak dah!"

"Teruklah orang sini! surau besar ..satu saf je ? "

Nabi pernah bersabda :"Apabila seseorang berkata :'Manusia sudah rosak !,maka dialah orang yang paling rosak."(Riwayat Muslim)

Nauzubillah..mudah mudahan kita tidak tergolong dlm golongan seperti ini..

Nak tahu kenapa dia sanggup berkata sebegitu ? Hal ini kerana dia dirosakkan oleh dosa hati yang sangat dahsyat iaitu TAKBUR ! walhal " Tidak masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya sebesar biji sawi pun rasa takabbur !"(Riwayat Muslim)

Terus masuk point yang ke-4 iaitu :

4.Menuduh 

Siapa yang tidak tahu bahawa berdosa menuduh orang sembarangan .Rasulullah pernah menegur , 'sesiapa yang menuduh saudaranya'wahai kafir',maka tuduhan itu akan kembali pada salah seorang.Sama ada betul apa yang dikata,jika tidak akan kembali pada yang menuduh."(Riwayat al-Bukhari)

Cuma mungkin..see ? perkataan cuma dan mungkin lagi...

cuma mungkin sedar tidak sedar kita biasa berkata sebegini.. "


"Aku rasa dia tipu cikgu tu "

"Dia Wahabi,Syafi'i totok,Tabligh,Pengampu Kerajaan.

Melabelkan orang dengan suatu label boleh dikira sebagai menuduh.Boleh jadi label itu biasa sahaja tetapi apabila disebutkan dengan nada dan eksperesi yang cukup negatif, maka cukup menghasilkan sangkaan tidak baik.

Lenguh pula tangan ini menaip..kejap..saya nak berehat sekejapp...huhh...


selepas 2 saat saya berehat , okay kita teruskan yaa..

Point yang ke5:

5-Bercakap kotor dan kasar

Kita sudah pun tahu bahawa Nabi pastinya tidak suka orang yang bermulut kotor ."Bukanlah seorang Mukmin orang yang suka mengutuk,melaknat,bercakap kotr dan dan bercakap kasar."(Riwayat Al-Tirmizi)

Mencarut , Cakap lucah, dan sebagainya boleh dikira sebagai cakap kotor..contoh B*D*H.. dan lain lain..malas nak sebut dah ..hehe

Manakala tergolon dalam cakap kasar ialah perbuatan menyamakan sifat seseorang dengan haiwan seperti : "Dia jalan mengangkang macam beruk!eii buruk! "

Memangil orang dengan gelaran yang tidak disukai..seperti " badut,Hitam(sbb kulit hitam) dll.

Cuma mungkin ...la..cuma lagii....

Cuma mungkin kita tidak sedar kita biasa berkata begini..(mohon jangan biasakan)

"siot le kau! ,"what the fish ? fish itu saya sudah tukar dr perkataan asalnya ..F*ck..

Termasuk dalam kategori cakap kotor ialah ucapan ucapan yang tiada makna yang sebenarnya olahan kata kata asal yang kesat atau lucah,

dan,,,,

Rasulullah bersabda : "Tidak ada amalan yang lebih berat dalam timbangan seseorang Mukmin pada hari Kiamat daripada akhlak yang baik.Dan sesungguhnya Allah amat membenci orang yang bercakap kotor lagi kasar.(Riwayat.Al-Tirmizi)

Okay reader sekalian ..this is the last point .

point yang ke 6 :

6.Membisu .

Jangan salah faham .. bukan untuk orang bisu..maaf saya merepek..Allah...

okay kita teruskann..

secara umumnya kita sudah tahu bahawa berdosa mengumpat , mengutuk , merendah rendahkan orang , menuduh dan bercakap kotor lg kasar . Kita mungkin berusaha gigih melatih diri agar tidak melakukan semua itu.

Cuma mungkin tidak sedar..saya ulangi...

Cuma mungkin tidak sedar bahawa kita biasa membisu sahaja apabila mendengar saudara seislam kita berbuat demikian.Kawan mengutuk kawan dorm sebelah, Jiran mengutuk Jiran atas.Suami merendah rendahkan rakan kerja di pejabat.kawan sendiri bercakap kasar dengan ibu bapa.Anak buah petah mencarut . Apakah ?

Kita tahu bahawa Nabi bersabda :

"Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya,jika tidak mampu ubahlah dengan lidahnya,jika tidak mampu lagi ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah lemah iman."(Riwayat Muslim)

Cuma kita terlepas pandang bahawa yang tersebut ialah kemungkaran.Lalu kemungkaran berlaku tanpa teguran ,Kesalahan berlaku tanpa nasihat,

Ibn Al Qayyim pernah berkata :"Pada lidah ada dua bahana besar ,Andai terlepas salah satunya , belum tentu selamat yang satu lagi ; bahana berkata kata dan bahana diam.

Mana mana boleh jadi lebih besar dosanya mengikut masanya . Orang yang diam daripada mengatakan yang benar ialah syaitan bisu .

Sudah Tahu Tetapi Tidak Mahu

Berapa banyak perkara salah yang kita tahu tetapi tidak sedar berlaku . Tidak mengapa , kerana apabila sedar kita akan berusaha membetulkannya . Asalkan jangan sudah tahu tetapi tidak mahu.

Semoga kita tidak termasuk antara orang yang akan berkata sebegini kelak : "Aduhai celakanya kami ,mengapa kitab ini sebegini rupa , tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar ,melainkan semua dihitungnya ! "(Al kahfi 18:48)

Aminnnn..

Semoga entri yang ditulis harini dapat memberi sedikit sebanyak keinsafan dalam diri kita yang selama ini telah banyak buat dosa .. Ya Allah ..maafkan lah hambamu yang sering leka dan lalai ini..

Sudah 2 jam setengah menaip , jari meminta untuk berehat .. Berjumpa lagi dalam post yang akan datang . Assalamualaikum ...

-Ummairah Nasir-

No comments: