Sebelum bermula , selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat baginda .
Baiklah.Tajuk yang ingin saya kupas pada kali ini ialah berkenaan "Lidah"
"Boleh jadi seseorang menuturkan satu kata kata yang menurutnya tiada apa apa namun dengan itu dia masuk ke neraka selama 70 tahun ! "
(Riwayat al-Tirmizi)
Ada satu kisah di mana penulis ini pernah baca .Seorang lelaki mendengar keletak kereta sorong di luar rumahnya . Lalu dia meninjau dari tingkap . Didapati seseorang dengan kereta sorong usang di laman rumahnya ,
Kelihatan dalam kereta sorong itu terdapat tin-tin kosong,plastik sampah,kayu dan beraneka bahan buangan lagi .Orang itu sedang mencari cari sesuatu.Rosak keindahan laman rumahnya yang dikenali sebagai yang tercantik dalam kawasan kejiranan itu.
Maka berlaku perbualan antara mereka berdua :
Tetamu : Saya bawakan banyak sampah sarap untuk tuan . Di mana tuan hendak saya letakkannya ?
Tuan rumah : Apa ? Gilakah saya hendakkan sampah sarap itu ?
Tetamu : Di sana mungkin baik juga ya, Dia menunjukkan ke arah ruang ruang kosong antara deretan bunga bunga yang sedang mekar indah .
Tuan rumah : Letaklah kalau hendak tahu apa akan jadi selepas ini !
Tetamu : Atau lebih cantik diselerakkan saja di celah celah pokok .
Tuan rumah : Engkau apa hal ? Lebih baik engkau bawa sampah sarap jauh dari sini !
Tetamu : Oh , Saya pun rasa sampah sarap ini patut dibuang di tempatnya . Cuma memandangkan tuan boleh buang sampah ikut suka mana shaja , Mengapa saya tidak boleh pula ?
Tuan rumah : Apa maksud kau ?
Tetamu : Biar saya ingatkan . Tuan masih ingat beberapa orang remaja yang
tuan bercakap dengan mereka semalam ? Bahasa yang tuan gunakan kasar lagi kesat .
Remaja remaja itu anak didik saya .Sekian lama saya mendidik mereka
berakhlak mulia , bercakap baik baik .Saya tumpang bahagia dengan akhlak baik mereka
sebagaimana tuan rasa bangga dengan laman yang cantik ini. Sedihnya,
tuan kotorkan mereka dengan "sampah sarap"tuan.Tambah menyakitkan mata,tuan boleh gelak gelak sambil berlalu pergi
begitu sahaja.Tidak sedarkah yang kata kata kotor tuan akan mencemarkan
fikiran sekali gus akan mencemarkan akhlak mereka ? Sebagaimana tuan tidak mahu pokok pokok tuan
ini rosak dek sampah sarap , saya juga tidak mahu melihat anak anak didik
saya rosak dek kata kata kotor tuan . Tetapi ,mudah untuk tuan bersihkan sampah
sarap ini daripada laman tuan , namun saya yang payah hendak bersihkan kata kata kotor yang sudah masuk
ke dalam fikiran mereka .
Syurga dunia
Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada kisah di atas . Yang paling menarik ialah kritikan sosila tentang kata kata terhadap sekeliling. Sedar tidak sedar , setiap kata kata kita membentuk syurga dunia yang kita sedang diami sekarang.
"Sesungguhnya di dunia ini ada sebuah syurga , Sesiapa yang gagal memasukinya dia pasti akan gagal memasuki syurga akhirat "
Demikian ucapan sebahagian ulama . Syurga dunia itu ialah IMAN . Nikmat mengenali dna mengakui Allah sebagai Tuhan . Penghuninya pula bergelar orang beriman.
Baiklah . Setakat ini sahaja penulisan saya untuk saat ini . Pada penulisan yang akan datang pula, saya akan kongsi pula mengenai 6 cara bagaimana lidah yang kecil ini mampu menghumban kita ke dalam NERAKA .
Isu ini dipetik dari Solusi isu ke-75 bertajuk "Padah Lidah "
Sehingga berjumpa lagi .Assalamualaikum .
No comments:
Post a Comment